Wednesday, May 20, 2009
'Dinner kecil2an bersama cikgu2'
akhirnyee..baru dapat menaip hari ni..agak amik msa gak la untuk menaip entry kali ni..walhal bahan dah ade..cuma mase tak berapa mengizinkan..yg tu next entry kita citer..hehhe...seperti yg di rancang..jadi la jugak dinner ni..plan on da spot, invitation pun on da spot, book menu pun on da spot..haiayaaa..terbawa2 budaya IDE ke sini lak..plan nye bermula pada 16 mei tu a(bace entry b4 dis)..tapi, stat nyer sume pada pagi 17 tu..pagi ahad..acong a call aku.."weit pey, book dop lagi restoran mana?"..lor..aku igtkan dia yg nak book..alih2 aku jugak..igtkan job aku invite cikgu2 je..tapi betul jugak alik acong..ye aa..kan aku keje area sini je..aku a yg kene cari tempat..hahhaha..dont mind la..so pagi tu stat a melilau cari tempat..1st, g kat seri wangsa gong badak ni..call2 tak dapat..kedai tutup...dambil2 tu aku send la sms invitation utk cg2 dan juga kwan2..hmmm..call lagi tak dpat gak, padahal duk depan seri wangsa doh tuh..hehe...so decide cari tempat lain..g a ke BB seafod...situasi sama gak..huuuu..bikin panas..bagitau acong..dia cakap cari je mana2 tempat pun..hahhah....tiba2 teringat la Marina restaurant..hohoho...terus g sana..alhamdulillah..dapattt..so diskus la lebey kurang ngan akak tu..padahal slalu makan kat situ..tapi nama dorang pun aku tatau..takpe a..as long dia knal aku ..ok aa..bla bla bla bla..setel la pasal book tempat n menu..boleh tahan gak la..satu hidangan utk 5 org makan ..ade ikan beso sekor..ayam masak merah, sayur,,tomyam,telur dadar,buah2an..air...kira ok aa...huhuh setellll..so menunggu je la smpai malam............730pm..che lias msg..mintak tolong g amik dia..orait bosss..no problem..so pah magrib..terus g amik lias..dari opis,,coz aku tak balik lagi..hehe..pah amik lias..balik umah jap..mandi a beb..then terus gerak Marina restoran..huhu..takde org len lagi..tak kisah pun..bese a penganjur kene a mai awal kan..hehe..tapi sebelum smpai ke Marina tu..ade la sorang ni call aku..hahha..oli..cess..cakap tanak join..last2."pey aku nak join leh?"hahhah ok je pun..lagi ramai lagi meriah...hehhe..so lebih kurang kul 9pm lebih ramai la tetamu2 yg dijemput datang..then menunggu la sket..kes naza bewok n mank dop sapa lagi..dorang dari dungun/kemaman//lewat a sket smpai..sambil tu kitorng layan a borak ngan cikgu2 yg ada---cg yusof n wife(ustazah ramzah),cg rohaya n hubby oso their kids, n cg rusmalia n dauhter..hmmm..hampir2 kat kul 1opm baru sume ade..so aku selaku pengerusi program..wi la ucapan sepatah dua..then jemput mr presiden..amir..hehe..
pahtu jemput la jugak cg yusof selaku wakil pihak cg2..pahtu baru stat makan..hehhee..so tu je laaa..pah mkan tu la ade sesi amik gambo2..hehehe...walaupun majlis ni kecil..tapi penuh dengan makna..insya allah,,lain masa buat secara besar2an lak..pada kawan yg tak hadir..samada tak sampai invitation atau ada hal lain..kami dahulu kan ngan beribu kemaafan..moga2 ade lagi majlis sperti ini lenkali...pe2 hal njoyy ur life..ciaooo..
Saturday, May 16, 2009
"GURU KU"
"Guruku
Kau penyuluh hidupku
Menerangi alam ini
Kau ku anggapkan
Sebagai ibubapaku
Wahai guruku
Kau ibarat sebatang lilin
Menerangi alam kegelapan
Kau sanggup membakar dirimu
Wahai guruku
Kau insan yang mulia
Mendidik dan membimbing daku
Kaulah insan yang kusanjungi
Guruku
Segala baktimu
Akan ku balas dengan kejayaanku
Akan ku buktikan kepadamu
Wahai guruku "
selamat hari guru..
salam untuk cikgu..haihhh..arini terasa amat la boring..sunyi..hmmm..tatau nak wat pe..16 mei..mmg tarikh ni aku igt sokmo..hari guru..then 2 days afta dat..dats my besday..hehhe..pagi tadi bangun..nak kata awal tak la jugak..coz pah subuh kul 615am, aku tdo smula..tapi terjaga lak..kes lupe tutup tv..tgk ade cite besh..tripel x-next level..layan aa..sapa kul 8 kot..then guling2 depan tv..keba call aku..kate nak mai..aku pun g a mandi...alih2 dia kata nak mai petang..cess keba...hahha..then aku msg la sume cikgu aku, ucap selamat hari guru(nama yg ade dalam fon list je)..hehhe..juga send la jugak pada membe2 aku yg bergelar cikgu..hehhe..time tu jugak la teringat zaman2 skolah dulu..wat2 jahat ngan cikgu..hmmm..aku pun bukan la nakal sgt pun..tapi mase lower form..agak nakal la jugak..g outing tak sign warden, pakai tshirt..huhu..fly kedai makcik depan..curi line tepon, pecah masuk bilik comp..curi ubat gigi kat klinik maktab..hahhaha..almost dat aktivit aku wat ngan matjam..1 of my besfren..hahha(jahat ko jam, asyik2 aku je yg menjawab, ko terleps je..cesss)..tu sume zaman skolah...tapi byk gak mende baik yg aku wat utk skolah aku..dan wat cikgu2 bangga ada gak la..hehe..ye ke...till now..aku jaga hubungan aku ngan cikgu2 nih..yg aku slalu contact ustaz mazlan, cg hasnah,cg rohaya, tecer warnida, tecer lin, ch yusof kimia, cg rosmalia dan yg lain2 aa..byk gak faedah kalu stil contact ngan dorang..hahha..dorang pun sama aaa..kira leni cam sombiosis ...tadi aku send sms kat cikgu2 nih..ade yg reply..then wi mende sama gak...kira aku cam cikgu gak kot...kategori warga pendidik..hehe..dan ade sorang tu wat ayat cam bangge gakk(tapi ayat cam jeles) hahhaha..jeles a anak murid lagi hebat..tapi tu gurau2 je...coz aku mmg dari dulu lagi suke gurau2 ngan dia..aku paham, jeles gurau..then dia cakap.."uih mana boleh jelous, lg bngga ada la,btpa bjayanya ilmu yg diberi shingga dpt mnyaingi ku"..hehehe..i noe dat..terharu jugak..byk gak la dorang reply msg dari mase ke semase...then aku stat kete..terus g snow wash jap..basuh kete..hehe dah lama daaa..afta dat terus ke opis..alih2 acong call...so aku sembng la ngan cong..diskus nak wat majlis makan malam ngan cikgu2 hok ade skitar sini2..cam orait je..so tugas aku ..contact2 cikgu..hmm tadi try call cg rohaya..tgh dengar ceramah..k a ..karang a call dia..so kalu jadi..sok malm a dinner ngan dorang...hehhe...excited gak nih..hehhe..so tunggu je aa..sok mlm ..pe2 hal ciao lu...
Saturday, May 9, 2009
"...oh ibu.."
salam sejahtera..sempena Hari Ibu..saya ada satu kisah untuk dikongsikan bersama anda..cerita ini adalah pengalaman dari seorang anak bersama ibunya..dan saye hanye meminjam cerita ini untuk tatapan bersama....njoy ur readin.....
PENERIMA ketiga berjalan perlahan-lahan turun dari pentas. Di lehernya, telah terkalung pingat "Ibu Misali". Tangan kanannya menggenggam erat satu sampul dan segulung sijil. Tangan kirinya pula memegang beberapa hadiah iringan. Anaknya setia melangkah di sisi.
"Sekarang ...," suara pengacara majlis bergema kembali, "Tibalah kita kepada penerima anugerah "Ibu Misali" yang terakhir. Penerima ini agak lain daripada yang lain dan sungguh istimewa. Untuk itu, dipersilakan Puan Afifah Rashid naik ke pentas bersama- sama Cik Nurul Humairah, untuk tampil memperkenalkan ibunya. Dipersilakan. "
Mataku tercari-cari pasangan ibu dan anak yang bakal mengambil tempat itu.
Di barisan penonton paling hadapan, aku dapati seorang anak gadis berkulit hitam manis dan bertubuh tinggi lampai, sedang berusaha memujuk seorang wanita dalam lingkungan usia 60-an untuk bangun.
Aneh, kenapa ibu yang seorang ini nampaknya begitu keberatan untuk naik ke pentas? Kenapa dia tidak seperti tiga orang penerima sebelumnya, yang kelihatan begitu bangga menapak naik ke pentas, sebaik sahaja mereka dijemput?
Hampir lima minit kemudian, barulah tampak si anak gadis yang memakai sepasang kebarung bertanah ungu dan berbunga merah jambu serta bertudung ungu kosong, bersusah payah memimpin ibunya naik ke pentas.
Ibu itu pun menduduki kerusi yang telah diduduki oleh tiga orang penerima sebelumnya. Anak gadis itu kemudiannya beredar ke pembesar suara. Dia beralih pandang kepada ibunya yang hanya tunduk memerhati lantai pentas.
'Pelik sungguh ibu yang seorang ini. Lagaknya bukan lagak orang yang akan menerima anugerah. Dia tak ubah seperti seorang pesalah yang sedang menanti hukuman. Duduknya serba tak kena. Sekejap beralih ke kanan, sekejap berpusing ke kiri. Tangannya menggentel-gentel baju kurung biru muda yang dipakainya.'
Dehem si anak dalam pembesar suara membuat aku sedikit tersentak.
Tumpuanku yang sekian lama terhala ke pentas, aku alihkan pada buku notaku. Aku menconteng-conteng helaian yang masih putih bersih itu untuk memastikan penku dalam keadaan yang baik. Kemudian, aku memeriksa kameraku. Filemnya masih ada. Baterinya masih dapat bertahan.
Sempat juga aku mengerling rakan-rakan wartawan dari syarikat akhbar dan majalah lain yang duduk di kiri kananku. Nampaknya, pen sudah berada dalam tangan masing-masing. Mata mereka sudah terarah kepada ibu di atas pentas dan anak yang sudah pun memulakan bicaranya dengan bismillah dan, memberi salam.
Aku tersenyum dan mengangguk kepada rakan- rakan wartawan yang duduk semeja denganku. Tetapi, senyuman dan anggukanku sudah tidak sempat mereka balas. Aku lantas mengemaskan dudukku mencari posisi yang paling selesa.
"Pertama sekali, saya ingin memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah, kerana dengan izin-Nyalah saya dan, mak berada dalam majlis yang gilang-gemilang ini. Seterusnya, saya ingin merakamkan penghargaan saya kepada pihak penganjur yang telah mempertimbangkan mak saya sebagai, salah seorang penerima anugerah "Ibu Misali" tahun ini."
Suasana menjadi sunyi. Hadirin memberi tumpuan sepenuhnya kepada percakapan gadis itu.
"Sebetulnya, ketika saya kecil, saya memang membenci mak. Darjah kebencian itu meningkat setelah saya mendapat tahu Puan Afifah hanyalah mak angkat saya. Pada masa yang sama, saya merasakan sayalah anak yang paling malang, disisihkan oleh ibu sendiri, dan diperhambakan pula oleh mak angkat untuk membantu menjaga anak-anak kandungnya"
"Membantu menjaga anak- anak kandungnya? Mungkin, persoalan itu sedang pergi balik dalam benak tuan-tuan dan puan-puan sekarang. Persoalan itu pasti akan terjawab sebentar lagi, apakala saya mempertontonkan rakaman video yang memaparkan kehidupan anakanak kandung mak. Sebelum itu, saya harus menegaskan bahawa anak-anak yang bakal hadirin lihat nanti bukan terdiri daripada doktor, peguam, jurutera, pensyarah, ahli perniagaan, pemimpin masyarakat, dan guru, seperti mana anak ketiga-tiga "Ibu Misali" yang baru menerima anugerah sebentar tadi."
Suara hadirin yang kehairanan mula kedengaran.
"Inilah dia abang-abang dan kakak- kakak saya!" suara hadirin semakin kedengaran. Mereka tidak dapat membendung rasa kekaguman.
"Yang mengeluarkan berbagai-bagai bunyi itu, Abang Long. Yang sedang merangkak ke sana ke mari itu, ialah Kak Ngah. Yang sedang mengesot keruang tamu itu, ialah Abang Alang. Yang sedang berjalan sambil berpaut pada dinding itu, ialah Kak Anjang. Yang sedang berjalan jatuh dari dapur ke dalam bilik itu, ialah Abang Andak."
"Seperti yang tuan-tuan dan puan-puan saksikan, tahap kecacatan fizikal dan mental abangabang dan, kakak-kakak saya tidak sama. Daripada yang tidak boleh bercakap dan bergerak langsung, seperti bayi yang baru lahir hinggalah kepada yang boleh berjalan jatuh dan, bercakap pelat-pelat, seperti budak berumur satu atau, dua tahun."
Hadirin yang sebentar tadi bingit suaranya kini terdiam kembali. Mereka menonton video yang sedang ditayangkan itu dengan khusyuknya.
"Untuk pengetahuan semua, abang-abang dan kakak-kakak saya, telah menjangkau usia 20-an dan, 30-an. Namun, meskipun telah dilatih dengan sungguh-sungguh, mereka masih belum pandai mengurus makan minum dan berak kencing mereka sendiri. Lihatlah betapa sukarnya mak hendak melayan makan dan, pakai mereka."
"Sewaktu saya berusia enam atau, tujuh tahun, saya sering mencemburui abang-abang, dan kakak-kakak kerana mereka, mendapat perhatian istimewa daripada mak. Saya iri hati melihat mak memandikan mereka. Saya sakit hati melihat mak menyuap mereka. Sedang saya disuruh buat semua itu sendiri."
"Mirah dah besar, kan? Mirah dah boleh uruskan diri Mirah sendiri, kan?" Lembut nada suara mak tiap kali dia memujuk saya. Namun, kelembutan itu telah menyemarakkan api radang saya
"Tapi, mak tak adil!" Saya kerap membentak. "Mak buat segalagalanya untuk kakak- kakak dan abang- abang. Kalau untuk Mirah, mak selalu berkira!"
"Mirah, abang-abang dan kakak-kakak Mirah tidak secerdas Mirah. Mereka cacat!" Berkali-kali mak menegaskan kepada saya. "Sebab itulah mak terpaksa membantu mereka."
"Mereka cacat apa, mak?" Saya membeliakkan mata kepada mak. "Semua anggota mereka cukup. Kaki dan tangan mereka tidak kudung. Mata mereka tidak buta. Yang betulnya, mereka malas, mak!"
"Mirah ... Mirah belum faham, sayang." Suara mak akan menjadi sayu tiap kali dia mempertahankan kakak-kakak dan abang-abang saya. Tetapi, kesayuan itu tidak pernah mengundang rasa simpati saya.
"Apabila difikirkan kembali, saya merasakan tindakan saya itu terlalu bodoh. Abang-abang dan kakak-kakak tak pernah kacau saya. Mak pun cuma sekali-sekala saja meminta bantuan saya menyuapkan mereka makan atau menukar kain lampin mereka. Itu pun saya tidak pernah ikhlas menolong.
Saya akan merungut tidak henti-henti sepanjang masa saya melakukan itu.
Jika makanan yang saya suap tumpah atau jika abang-abang dan kakak-kakak terkencing atas tangan saya, ketika saya sedang menyalin kain lampin mereka, tangan saya ringan saja mencubit atau menampar mereka. Saya tahu mereka tidak pandai mengadu perbuatan jahat saya kepada mak. Ketika itu, memang saya langsung tidak punya rasa hormat kepada abang-abang dan kakak-kakak. Kepada saya, kehadiran mereka menyusahkan hidup saya."
"Hantarlah abang-abang dan kakak-kakak ke rumah kebajikan, mak." Saya pernah mengusulkan kepada mak, ketika saya berusia sepuluh tahun.
"Lepas itu, mak dan ayah boleh hidup senang-lenang macam mak dan ayah orang lain. Mirah pun takkan rasa terganggu lagi."
"Mereka anak-anak mak, Mirah. Jadi, maklah yang patut jaga mereka, bukan petugas-petugas di rumah kebajikan." Begitu reaksi mak setiap kali saya mencadangkan hal itu.
"Saya langsung tidak menghormati, apatah lagi mengagumi pendirian mak. Mak memang sengaja menempah masalah. Mak tidak menghargai jalan keluar yang telah sedia terentang di hadapannya."
"Rasa geram dan marah saya sampai ke puncaknya, semasa saya berusia dua belas tahun. Pada hari itu, mak demam teruk hingga tidak dapat bangun. Ayah terpaksa ambil cuti untuk membawa mak ke klinik. Lalu, saya ditinggalkan untuk menjaga abang-abang dan kakak-kakak di rumah.
Sebelum meninggalkan rumah, biarpun dalam keadaan yang lemah, berkali-kali mak sempat berpesan kepada saya, agar jangan lupa memberi abang-abang dan kakak-kakak makan, dan menukar kain lampin mereka."
Suasana dewan terus sunyi. Hadirin masih khusyuk mendengar cerita gadis itu.
"Itulah kali pertama saya ditinggalkan bersama-sama abang-abang dan kakak-kakak, selama lebih kurang lima jam. Jangka masa itu cukup menyeksakan. Kebetulan pada hari itu, abang-abang dan kakak-kakak benar-benar mencabar kesabaran saya. Entah mengapa Abang Long enggan makan.
Jenuh saya mendesaknya. Abang Alang dan Kak Ngah pula asyik mencirit saja.
Letih saya menukar kain lampin mereka. Abang Andak pula, asyik main air ketika saya memandikannya. Basah lencun baju saya dibuatnya. Kak Anjang pula, asyik sepahkan nasi dan tumpahkan air.
Penat saya membersihkannya. "
"Apabila mak dan ayah pulang, saya sudah seperti kain buruk, tubuh saya lunyai. Saya sudah tidak berupaya melihat muka mak dan ayah. Saya terus melarikan diri ke rumah ibu kandung saya, yang terletak di sebelah rumah mak. Begitulah lazimnya. Apabila fikiran saya terlalu kacau, saya akan ke rumah ibu untuk mencari ketenangan."
"Ibu!" Saya menerpa masuk lalu memeluk ibu. "Kenapa ibu bagi Mirah kepada mak? Kalau ya pun ibu tidak suka Mirah, bagilah Mirah pada orang lain yang lebih menyayangi Mirah, bukan mak."
"Mirah!" Ibu merangkul saya. "Kan dah berkali-kali ibu tegaskan yang ibu bagi Mirah kepada mak bukan kerana ibu tak sayang Mirah."
"Lazimnya ibu akan membuka kembali lipatan sejarah hidupnya apabila situasi itu berlaku. Ibu ialah kakak mak. Ibu sakit teruk setelah melahirkan saya.
Selama berbulan-bulan ibu terlantar di hospital, mak yang telah menjaga saya. Setelah ibu sembuh, ibu dapat lihat sendiri betapa gembiranya mak dapat menjaga seorang anak normal.
Justeru, ibu tidak sampai hati hendak memisahkan kami."
"Ibu telah berasa betapa nikmatnya menjaga tujuh orang anak yang pintar dan cerdas. Jadi, biarlah nikmat itu turut dirasakan oleh mak pula dengan menjaga Mirah. Lagipun, dengan menyerahkan Mirah kepada mak, ibu masih dapat melihat Mirah membesar di hadapan mata ibu, walaupun Mirah tinggal bersama-sama mak. Dari pemerhatian ibu, ibu rasa, mak lebih menyayangi Mirah berbanding dengan anak anaknya yang lain."
"Sayang apa? Ibu tahu tak yang rumah tu macam neraka bagi Mirah? Ibu tahu tak yang Mirah ni tak ubah seperti hamba di rumah tu?"
"Jangan besar-besarkan perkara yang kecil, Mirah. Ibu tahu sekali-sekala saja mak membebankan Mirah dengan kerja-kerja rumah dan tugas menjaga abang-abang dan kakak-kakak Mirah. Itu pun Mirah buat tidak sesungguh hati.
Nasi mentahlah, lauk hanguslah, abang-abang, dan kakak-kakak kena lempanglah."
"Mak adu semua kepada ibu, Ya?" Saya masih mahu berkeras meskipun saya tahu saya bersalah.
"Mak jarang-jarang mengadu keburukan Mirah kepada ibu. Ibu sendiri yang kerap mengintai Mirah dan melihat bagaimana Mirah melaksanakan suruhan mak."
"Saya tunduk. Saya sudah tidak sanggup menentang mata ibu."
"Ibu malu, Mirah. Ibu mengharapkan kehadiran Mirah di rumah mak kau itu dapat meringankan penderitaan mak.
Tetapi, ternyata kehadiran Mirah di rumah itu menambahkan beban mak."
"Saya benar-benar rasa terpukul oleh kata-kata ibu."
"Ibu rasa, apa yang telah mak beri kepada Mirah, jauh lebih baik daripada apa yang diberi kepada anak-anaknya sendiri. Mirah dapat ke sekolah.
Kakak-kakak dan abang-abang Mirah hanya duduk di rumah. Mirah dapat banyak pakaian cantik. Sedang anak-anak mak yang lain pakaiannya itu-itulah juga.
Setiap kali Mirah berjaya dalam peperiksaan, mak sungguh gembira. Dia akan meminta ibu tolong menjaga abang-abang dan kakak-kakak kerana dia nak lihat Mirah terima hadiah."
"Saya tidak sanggup mendengar kata-kata ibu selanjutnya, bukan kerana saya tidak mengakui kesalahan saya, tetapi kerana saya benar-benar malu."
"Saya meninggalkan rumah ibu bukan kerana berasa tersisih daripada ibu kandung sendiri, atau berasa kecewa sebab tidak mendapat pembelaan yang diharap- harapkan. Saya meninggalkan rumah ibu dengan kesedaran baru."
"Sesampainya saya ke rumah tempat saya berteduh selama ini,saya dapati mak yang belum sembuh betul sedang melayan kerenah abang-abang dan kakak-kakak dengan penuh sabar. Saya terus menghilangkan diri ke dalam bilik kerana saya dihantui oleh rasa bersalah. Di dalam bilik, saya terus resah-gelisah. "
"Mirah," panggilan lembut mak seiring dengan bunyi ketukan di pintu bilik saya. "Mirah."
"Saya cepat-cepat naik ke atas katil dan memejam mata, pura-pura tidur."
"Sejurus kemudian, terdengar bunyi pintu bilik saya dibuka. "Mirah dah tidur rupa-rupanya! Kesian. Tentu Mirah letih menjaga abang-abang dan kakak- kakak semasa mak, ke klinik siang tadi. Maafkan mak, sayang. Mak tahu Mirah masih terlalu muda untuk memikul beban seberat itu. Tapi, keadaan benar- benar terdesak pagi tadi, Mirah. Mak janji, lain kali mak tak akan kacau Mirah lagi. Mak akan meminta ibu atau orang lain menjaga abang- abang dan kakak-kakak kalau mak terpaksa tinggalkan rumah"
Sepanjang mak berkata-kata itu, tangan mak terus mengusap-usap dahi saya. Suara mak tersekat-sekat. Saya terlalu ingin membuka mata dan menatap wajah mak ketika itu.
"Mirah, mak tahu Mirah tak bahagia tinggal bersama-sama mak."
Suatu titisan air mata gugur di atas dahi saya. Kemudian, setitik lagi gugur di atas pipi saya. Selepas itu, titisan-titisan itu kian rancak gugur menimpa serata muka dan leher saya.
"Walau apa pun tanggapan Mirah kepada mak, bagi mak, Mirah adalah segala-galanya. Mirah telah menceriakan suasana dalam rumah ini. Mirah telah menyebabkan mak berasakan hidup ini kembali berharga. Mirah telah. ..."
"Mak!" Saya lantas bangun lalu memeluk mak. Kemudian, tiada kata-kata yang lahir antara kami. Yang kedengaran hanyalah bunyi sedu-sedan dan esak tangis.
Peristiwa pada hari itu dan, pada malamnya telah mengubah pandangan saya terhadap mak, abang-abang dan kakak-kakak. Saya mula merenung dan menilai keringat mak. Saya mula dapat menerima keadaan kakak- kakak dan abang-abang serta belajar menghormati dan, menyayangi mereka.
Keadaan dewan menjadi begitu sunyi seperti tidak berpenghuni sejak gadis itu berbicara.
Setelah meraih kejayaan cemerlang dalam peperiksaan penilaian darjah lima, saya telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah, di sebuah sekolah berasrama penuh. Saya telah menolak tawaran tersebut.
"Kenapa Mirah tolak tawaran itu?"
"Bukankah di sekolah berasrama penuh itu Mirah boleh belajar dengan sempurna?"
"Betul tu, Mirah. Di sana nanti Mirah tak akan berdepan dengan gangguan daripada abang-abang dan kakak-kakak! "
"Mirah tak menyesal ke, kemudian hari nanti?"
Bertubi-tubi mak dan ayah menyoal. Mata mereka tidak berkelip-kelip memandang saya.
"Mak, ayah." Saya menatap wajah kedua-dua insan itu silih berganti.
"Mirah ingin terus tinggal di rumah ini. Mirah ingin terus berdamping dengan mak, ayah, abang-abang dan kakak-kakak. "
"Tapi, boleh ke Mirah buat ulang kaji di rumah? Pelajaran di sekolah menengah itu, bukannya senang." Mak masih meragui keupayaan saya.
"Insya-Allah, mak. Mirah rasa, Mirah dapat mengekalkan prestasi Mirah semasa di sekolah menengah nanti," balas saya penuh yakin.
Mak dan ayah kehabisan kata-kata. Mulut mereka terlopong. Mata mereka terus memanah muka saya. Garis-garis kesangsian masih terpamer pada wajah mereka.
Sikap mak dan ayah itu telah menguatkan azam saya untuk terus menjadi pelajar cemerlang, di samping menjadi anak dan adik yang baik.
Selama di sekolah menengah, mak sedapat mungkin cuba membebaskan saya daripada kerjakerja memasak dan mengemas rumah, serta tugas menjaga makan pakai abang-abang dan kakak-kakak kerana takut pelajaran saya terganggu.
Sebaliknya saya lebih kerap menawarkan diri untuk membantu, lantaran didorong oleh rasa tanggungjawab dan timbang rasa.
Gadis yang bernama Nurul Humairah itu terus bercerita dengan penuh semangat, apabila melihatkan hadirin di dalam dewan itu mendengar ceritanya dengan penuh minat.
"Saya terpaksa juga meninggalkan rumah sewaktu saya melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia. Di sana saya membuat pengkhususan dalam bidang pendidikan khas. Bidang ini sengaja saya pilih kerana saya ingin menabur bakti kepada segelintir pelajar yang kurang bernasib baik. Di samping itu, pengetahuan yang telah saya peroleh itu, dapat saya manfaatkan bersama untuk abang-abang dan kakak-kakak. "
"Kini, telah setahun lebih saya mengharung suka duka, sebagai seorang guru pendidikan khas di kampung saya sendiri. Saya harus akui,segulung ijazah yang telah saya miliki tidak seberapa nilainya, berbanding dengan mutiara-mutiara pengalaman yang telah mak kutip sepanjang hayatnya."
"Sekarang, saya lebih ikhlas dan lebih bersedia untuk menjaga abang-abang dan kakak-kakak. Pun begitu, hati ini sering tersentuh apabila beberapa kali saya terdengar perbualan mak dan Ayah."
"Apa akan jadi kepada kelima-lima orang anak kita itu lepas kita tak ada, bang?" suara mak diamuk pilu.
Ayah akan mengeluh, kemudian berkata, "Entahlah. Takkan kita nak harapkan Mirah pula?"
"Mirah bukan anak kandung kita." Mak meningkah. "Kita tak boleh salahkan dia kalau dia abaikan abang-abang dan kakak-kakaknya."
"Mirah nak tegaskan di sini, mak, yang Mirah akan membela nasib abang-abang dan, kakak-kakak lepas mak dan ayah tak ada. Ya, memang mereka bukan saudara kandung Mirah. Tapi, tangan yang telah membelai tubuh Mirah dan tubuh mereka adalah tangan yang sama. Tangan yang telah menyuapkan Mirah dan mereka, juga tangan yang sama. Tangan yang memandikan Mirah dan mereka, adalah tangan yang sama, tangan mak."
Kelihatan gadis yang berkebarung ungu, berbunga merah jambu itu, tunduk sambil mengesat air matanya dengan sapu tangannya. Kebanyakan hadirin, khususnya wanita turut mengesat air mata mereka.
Gadis itu menyambung bicaranya. Tiga bulan lalu, saya terbaca mengenai pencalonan anugerah "Ibu Misali" dalam akhbar. Saya terus mencalonkan mak, di luar pengetahuannya. Saya pasti, kalau mak tahu, dia tidak akan merelakannya. Saya sendiri tidak yakin yang mak akan terpilih untuk menerima anugerah ini, sebab anak- anak mak bukan terdiri daripada orang-orang yang disanjung masyarakat, seperti lazimnya anak- anak "Ibu Misali" yang lain.
"Lorong dan denai kehidupan yang orang-orang seperti mak lalui mempunyai banyak duri dan, ranjau berbanding dengan ibu-ibu lain. Betapa keimanan maktidak tergugat biarpun berdepan dengan dugaan yang sebegini hebat. Tiada rasa kesal. Tiada rasa putus asa. Tidak ada salah-menyalahkan antara mak dan ayah."
"Maafkan Mirah sekali lagi, mak. Hingga ke saat- saat terakhir tadi, mak masih tidak menyenangi tindakan Mirah mencalonkan mak, untuk menerima anugerah ini. Mak merasakan diri mak terlalu kerdil lebih-lebih lagi setelah mak mendengar pengisahan "Ibu Misali" pertama, kedua dan ketiga.
Berkali-kali mak tegaskan yang mak menjaga anak-anak mak bukan kerana mahukan anugerah ini, tapi kerana anak-anak adalah amanah Tuhan."
"Saya ingin jelaskan di sini bahawa saya mencalonkan mak untuk anugerah ini, bukan dengan tujuan merayu simpati. Saya cuma berharap kegigihan dan ketabahan mak akan dapat direnung oleh ibu-ibu lain, terutama ibu-ibu muda yang senang-senang mendera dan mencampakkan anak mereka yang cornel, segar-bugar serta sempurna fizikal dan, mental."
"Sebagai pengakhir bicara, sekali lagi saya ingin merakam penghargaan saya kepada pihak penganjur, kerana telah mempertimbangkan mak saya sebagai salah seorang penerima anugerah "Ibu Misali" tahun ini. Semoga pemilihan mak ini akan memberi semangat baru kepada ibu-ibu lain yang senasib dengan mak."
"Sekian, wassalamualaikum warahmatullah. "
Gadis itu beredar meninggalkan pembesar suara.
Penku telah lama terbaring. Buku notaku telah lunyai dek air mataku sendiri. Bahuku dienjut-enjut oleh sedu- sedanku. Pandanganku menjadi kabur. Dalam pandangan yang kabur-kabur itu, mataku silau oleh pancaran cahaya kamera rakan semejaku. Aku segera mengangkat kameraku dan menangkap gambar secara rambang tanpa mengetahui sudut mana atau, apa sebenarnya yang telah menarik perhatian wartawan-wartanan lain.
'Bertenang. Kau di sini sebagai pemberita. Kau seharusnya berusaha mendapat skop yang baik, bukan dihanyutkan oleh perasaan kau sendiri.'
Terdengar pesanan satu suara dari dalam diriku.
Lantas, aku mengesat air mataku. Aku menyelak buku notaku mencari helaian yang masih belum disentuh oleh air mataku. Aku capai penku semula.
"Demikianlah kisah pelayaran seorang ibu di samudera kehidupan yang tidak sunyi dari ombak dan badai. Sekarang, dijemput Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa dengan diiringi oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan "Ibu Misali" untuk menyampaikan anugerah "Ibu Misali" serta beberapa hadiah iringan kepada Puan Afifah Rashid. Yang Berbahagia Puan Sri dipersilakan."
Nurul Humairah membantu maknya bangun. Kemudian, dia memimpin maknya melangkah ke arah Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa. Lutut maknya menggeletar. Namun begitu kerana dia tidak berdaya menahan perasaannya diaterduduk kembali di atas kerusi.
Melihatkan itu, Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa sendiri datang mendapatkan Puan Afifah, lalu mengalungkan pingat itu. Setelah itu, beliau menyampaikan beberapa hadiah iringan. Air mata Puan Afifah berladung.
Tepukan gemuruh bergema dari segenap penjuru dewan. Sejurus kemudian, seorang demi seorang penerima anugerah "Ibu Misali" sebelumnya, naik ke pentas bersalaman dan berpelukan dengan Puan Afifah. Bertambah lebatlah hujan air mata penerima anugerah "Ibu Misali" yang terakhir itu.
Thursday, May 7, 2009
"..hati ku tercedera..."
"Patah hatiku
Membawa derita
Merajuklah diri
Merajuk diri
Tak tentu haluan
Patah hati ku
Membawa derita
Merajuklah diri
Merajuk diri tak tentu haluan
Ku harap janjimu
Bahagia selalu
Sayang
Rupanya patah
Rupanya patah di tengah jalan
Hendak diulang... Hendak diulang
Resah menanggung
Sayang
Kenanglah jangan
Kenanglah jangan disebut pun jangan
Hancur hatiku
Di dalam nestapa
Mengenangkan nasib
Mengenang nasib diriku malang
Maksud hatiku
Maksud hatiku
Bahagia bersama
Sayang
Apakan daya
Diriku miskin
Harta tak punya
Ingin ku petik
Bintang yang tinggi
Sayang
Tanganku hangus
Tanganku hangus disambar petir"
....hati yang cedera!! huuu camne ye....may b korang pun ade pengalaman ni kan...so tak perlu la nak citer ngan panjang lebar pasal hati yg cedera nih..hehe..ade org jenis yg hati cedera ni cepat sembuh..ada jugak yg makan dalam...hmmm maknanye lekat kat hati lama aa nih..aku kadang2 tak pasti, hati aku ni cedera ke tak..ye a .kadang2 kalu terigat sesatu perkara tuh, yg mmg sakit hati..rase la jugak cedera nyer..tapi kadang2 malas nak pikir pun..kes hati cedera ni..byk sebabnyer..kadang2 perkara kecik pun boleh wat hati jadi cedera..luka..parah..huhuhu...sembuhnya? hmm...tuan empunyer badan je yg boleh jawab...walaupun sembuh..luka kat hari bi tetap tinggalkan kesan sebenarnye..kata org..tinggalkan parut..hahhaa..dalam hati byk kot parut2 ni..ntah2 aku pun byk gak tinggalkan parut kat hati org laen..hahha mesti ade kot..mustahil takde..hehe..so camne nak mintak ngan dorang2 ni yg hati dia aku luka kan..hayoooo...susah la jugak nak buat nih...kita kene byk muhasabah diri sebenarnyer..cuba pikir smula..byk ke kita lukakan hati org lain..macam mana nak buat tuh..
Kalu ikut skang, hati aku ni mmg tgh luka pun..byk sgt sebab ni..macam2...tapi kadang2 rase cam dah sembuh..tapi kalu duk igt smula..luka smula..huhuh..kira cam luka berdarah kembali aaa..kalu dah sembuh pun..of coz la parut tetap ada..skang ni, agak luka a..ye a nak tinggalkan tempat nih..skang tgh countdown..bile masa nak blah je ni..hati ni rase agak luka la jugak..bayang la...dah beberapa taun kat sini..akhirnye..terpakse jugak aku mengalah pada takdir..so blah je aaa..luka pun bukan nyer org lain wat..hehe..aku jugak..tapi harap2 luka dalam hati ni cepat sembuh kot..tambah2 skang tgh lepak ngan budak2 sem 6..dorang dah abis da..tunggu masa je nak blah dari UDM ni..tapi skang dia kene stay agi kat sini..coz dorang terlibat ngan NRIC..so kene stay la untuk preparation...tapi ade jugak yg da balik..tu yg tak terlibat aaa..duk ngan dorang, macam2 gak a rase..tu yg tambah luka tu..hehe..duk igt2 perkara lama..macam2..dorang pun share pengalaman dorang sepanjang 3 taun kat sini..yg syahdunye..dorang masuk time aku mula2 keje sini..may b aku awal sket masuk kot..then ending nye..dorang abis..aku pun nak blah dari sini..hahhaa..ade gak a aku sembang2 tanye dorang, pasal dulu2..hehhe..ade hak yg terluka hati dulu..ye a mana taknye..aku koyak2 je sketches dorang..hehhe..ye wat keje tak betul..pikir2 cam besalah gak..hahha..tapi da mintak maaf pun...at least ada antara dorang yg paham kenapa aku wat gitu..ok a tuh..tapi tatau byk mana parut yg aku tinggalkan dalam hati dorang..hehehe..ya ampunnnn..actually aku ade sebuah kisah yg nak dikongsi..kisahnye of coz la pasal hati yg tercedera..hehhe
"..di suatu tempat yg agak jauh dari pekan Badak Sombong, tinggal la seorang tukang kayu yg bernama pak Ibrahim...beliau hidup sebatang kara tanpa ade keluarga di sisi..walaupun begitu, hidup nye tidak pernah sunyi..ini kerana..setiap hari ade sahaja budak2 muda datang melawat beliau..ini menjadikan hidup beliau sentiasa ceria..pak Ibrahim ni seorang yang peramah..sebab itulah ramai budak2 suke datang ke rumahyne..ade je perkara yg nak dibualkan oleh pak Ibrahim jika budak2 tu datang ke rumahnyer..pak Ibrahim sgt mahir dalam bidang pertukangan kayu..tu juga salah satu sebab budak2 datang ke rumahye..datang untuk mintak tunjuk mengenai ilmu pertukangn kayu..pak Ibrahim mmg tidak lokek dengan ilmu yg ade..sume ilmu yg ade di dada, dicurahkan dengan baik kepada budak2 tersebut..ini menjadikan perhubungan mereka bertambah erat.. hari demi hari perhubungan mereka bertambah erat..malah mereka sering makan bersama, kadang2 pegi lepak di pantai bersama2 dan sebagainye..pak ibrahim semakin hari semakin sayang kepada budak2 tersebut..malah sudah menganggap budak2 tersebut seperti anak2 sendiri..budak2 tersebut pun mmg selalu menolong pak Ibrahim jika pak Ibrahim meminta pertolongan dari mereka..
pada suatu hari, pak Ibrahim telah jatuh sakit..hal ini amat merunsingkan hati budak2 tersebut.hal ini kerana mereka tidak dapat lagi untuk belajar ilmu pertukangan dari pak Ibrahim...mereka jugak tidak lagi mendengar nasihat2 dari pak Ibrahim yg dulunye seorang yg ceria..huhuhuh...dalam ramai2 diantara budak2 tersebut, ade sorang budak bernama..ali..ali seorang budak yang cerdik, akan tetapi walaupun dia seorang yg cerdik..dia mempunya satu sifat negatif dalam dirinye..iaitu suka cakap belakang2 pasal orang laen..perkara ni mmg tak elok kerana boleh menjadi punca persengketaan antara beberapa pihak..semenjak pak Ibrahim jatuh sakit..ali telah menjadikan pak Ibrahim sebagai sasarannyer untuk dijadikan topik perbualan beliau bersama rakan2 yg laen..byk jugak perkara yg dihamburkan oleh ali mengenai pak Ibrahim..sume perkara berkisarkan mengenai penghidupan pak Ibrahim..sumenyer cerita yang tak elok mengenai pak Ibrahim.... perkara ini sampai ke pengetahuan pak Ibrahim..betapa kecewanya hati pak ibrahim setelah mengetahui perbuatan ali tersebut..terus di ibaratkan "di beri susu, di balas tuba".....di suatu petang, pak Ibrahim telah memanggil hassan iaitu salah seorang budak yg selalu datang kerumahnye..pak Ibrahim hanya ingin mengesahkan cerita yang dibawa ali..adakah benar perbuatan kawannye ali..Hassan hanya mampu untuk mengiyakan saje...pak Ibrahim telah memberikan satu tugas kepada Hassan..di mana beliau telah meminta Hassan menebuk satu lubang di meja ukiran yg ade di bengkel rumahnye, jika terdengar Ali bercakap belakang mengenai pak Ibrahim..maknanye Hassan dikehendaki membuat satu lubang setiap kali terdengar Ali bercakap belakang mengenai pak Ibrahim..lama kelamaam, minggu berganti minggu, maka penuh la meja ukiran tersebut dengan lubang yang ada...
pada suatu pagi, pak Ibrahim telah sembug dari penyakitnyer...kini pak Ibrahim menjadi sihat kembali..lalu budak2 yg dulunye jarang datang menjenguk pak Ibrahim, kini mereka telah kembali menjenguk pak Ibarhim...tiba2 Ali bertanya kepada pak Ibrahim.."kenapa meja ukiran yang cantik tu dipenuhi lubang2 yg banyak..huhuu...pak Ibrahim hanya mampun tersenyum....lantas Hassan telah menceritakan segala2nye kepada Ali..tiba2 Ali menangis teresak2 mcm budak kecil..dia menyesal di atas perbuatan buruknye terhadap pak Ibrahim...pak Ibrahim mmg memaafkan Ali..hehe..selepas itu pak Ibrahim meminta Ali menutp semula lubang2 yg terdapat pada meja tersebut..tanpa berlengah2 lagi, Ali segera melakukan permintaan pak Ibrahim..akhirnye kerja menutp lubang itu selesai..walapun Ali berjaya menutp semua lubang yg ade..tetapi meja tersbut tetap tidak seperti asalnya..hal ini kerana masih terdapat bekasn lubang di bwah permukaan meja..walaupun lubang tersebut telah ditutup...tapi meja tersbut masih lagi meniggalkan kesan lubang yang banyak...Ali pun merungut lagi..kerana tidak berjaya menyiapakn kerja yg diberikan oleh Pak Ibrahim dengan sempurna..lantas pak Ibrahim menceritakan segala2nya yang berlaku...Ali bertambah insaf dengan perbuatannye yg suke cakap belakang...tetapi pak Ibrahim sentiasa memaafkan orang lain..."
Moral of da story...pk a sndiri....