Sunday, April 26, 2009

....kenapa ada benci ?

"...janganlah kita membenci seseorang dengan sepenuh hati, kerana orang yang kita benci tersebut tetap berada di hati kita...tetapi, berada di hati sebagai orang yang kita benci.."




Ibrahim, warga pendidik sebuah kolej di pantai timur telah menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk siswa siswinya. Setiap siswa siswinya diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke studio esok. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.

Keesokan harinya, setiap siswa dan siswi membawa beg plastik berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.


“Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya” beritahu Encik Ibrahim.

Remaja- remaja tersebut menyimpan pisang yang dibawa masing-masing di dalam beg. Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Remaj-remaja itu mula merungut. marah dan siap mengumpat lagi. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang meyumpah seranah, enggan meneruskan permainan.


Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi siswa siswi Ibrahim sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

“Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?” tanya Encik Ibrahim.

Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilan
g kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan membuat sketches dengan bau busuk.

“Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci p
ada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu” beritahu Encik Ibrahim.

Ibrahim mengingatkan siswa siswinya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci…!

6 comments:

  1. sy setuju n say suke n3 bru nie...
    kemaafan lbih bek dr kebencian..
    so mcm na??? msh ada kebencian di hati????

    ReplyDelete
  2. nmpk ngat..hahaha... dah2 la en... xbek benci2 nie.. kuikuikui

    ReplyDelete
  3. benci2 nie bahaya oooo boleh jadi sayang....anyway best baca n3 nie

    ReplyDelete
  4. bagus artikel ni... teringat satu kata hikmah : the opposite of love isn't hate, but indeference. When you say you hate me that me you still care me...

    ReplyDelete
  5. suka entry ini dan juga permainan itu..akan dipraktikkan pd yg berkenaan hahaha

    ReplyDelete